Peringkat-peringkat Tugas perkembangan
Havigurst telah membahagikan peringkat tugas perkembangan kepada 10 peringkat. Kesemua peringkat ini merangkumi kemahiran jasmani,emosi,rohani dan intelek. Antara peringkat ialah pertama peringkat bayi dan awal kanak-kanak iaitu pada usia 0-2tahun, kedua peringkat pertengahan kanak iaitu pada usia 2-3tahun, peringkat ketiga pula peringkat prasekolah iaitu kanak-kanak yang berusia 4-6tahun, peringkat keempat peringkat sekolah rendah berusia 6-12tahun, peringkat kelima ialah awal remaja lingkungan umur 12-18tahun dan peringkat keenam untuk remaja ialah akhir remaja iaitu remaja yang berumur antara 18-22tahun. Peringkat ketujuh ialah awal dewasa iaitu antara umur 22-34tahun. Pada usia 34-60 tahun ialah peringkat pertengahan dewasa. 60-75tahun adalah peringkat akhir dewasa. Peringkat yang ke-10 dan terakhir ialah peringkat tua iaitu berumur 75tahun dan keatas.
Peringkat pertama
Peringkat bayi dan awal kanak-kanak. Pada peringkat ini bayi dan kanak-kanak mencuba untuk menjalinkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa, adik-beradik dan pengasuh mereka. Sistem deria dan fungsi motor mereka beransur matang dan membolehkan mereka mencapai tugas-tugas perkembangan yang asa seperti makan,minum, kawalan tandas dan bercakap. Kebiasaannya kanak-kanak akan mencapai tugas perkembangan berjalan dalam lingkugan usia Sembilan hingga 15 bulan serta pada usia lima bulan sudah bersedia untuk memakan makanan pejal. Mereka akan mula bercakap apabila urat saraf dan alat-alat pertuturan sudah bersedia. Pada umur 20-24bulan, mereka berkeupayaan menyambung perkataan menjdi suku kata. Kanak-kanak ini juga kan mencapai kecerdasan deria motor dan hubungan sebab-musabab primitif iaitu yang berkaitan dengan zaman dahulukala.
Peringkat pertengahan kanak-kanak 2-3tahun. Peringkat ini di gelar juga “toddlerhood”. Pada peringkat ini kanak-kanak telah boleh menguasai pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik kereta, duduk atas kerusi dan sebagainya. Mereka juga sudah berkeupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain selain daripada ahli keluarga. Mereka berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang mudah dan berkebolehan untuk melafazkan emosi mereka kepada orang lain serta mereka sedang belajar mengawal emosi. Mereka juga akan melibatkan diri mereka dalam permainan fantasi seperti menjadikan pisang sebagi telefon, roda atau tayar sebagai streering kereta. Kadangkala, mereka akan bercakap sendirian dan bermain sendiri serta membayangkan mereka dalam situasi yang ibu bapa mereka suka atau situasi yang dialami oleh personality yang diminati merka. Pada masa ini juga, kanak-kanak akan belajar mengawal pergerakan diri serta mengawal kawalan tandas dengan baik contohnya membuang air kecil dan air besar dengan sempurna.
Peringkat ketiga
Pada peringkat ketiga ini kanak-kanak telah memasuki alam pra-persekolahan. Iaitu golongan kanak-kanak pada peringkat ini ialah yang berumur antara 4-6 tahun. Pada peringkat ini, mereka sudah menyedari wujudnya perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Mereka akan bertindak serta berperanan mengikut jantina masing-masing. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mula meniru gaya ibunya memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Ketika ini juga mereka juga menyedari kewujudan orang lain selain daripada ahli keluarganya iaitu rakan sebaya. Mereka akan berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumah mereka dan membentuk permainan dalam kumpulan. Daripada interaksi mereka dengan rakan sebaya mereka akan wujud sikap bertolak ansur, membezakan apa yang betul atau salah. Mereka juga akan merasakan diri mereka sebagai entiti iaitu secara semulajadi serta membentuk pandangan terhadap diri mereka sendiri.
Peringkat keempat
Peringkat ini ialah peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak yang berumur 6-12tahun. Mereka mula memasuki alam persekolahan dan mula belajar bersahabat dan bersosial antara rakan-rakan. Mereka juga akan mencapai kemahiran untuk melibatkan diri dalam permainan oleh itu, mereka akan sentiasa melibatkan diri sebagi ahli pasukan sesuatu permainan kerana perkembangan fizikal telah berlaku, iaitu tulang dan otot mereka sudah bersedai untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka juga sudah menguasai tugas-tugas perkembangan membaca, menulis dan mengira. Menurut Havigurst, kanak-kanak yang kelas pertengahan Selain itu, tugas perkembangan lain yang dapat dicapai ialah pada peringkat ini ialah perkembangan kendiri yang aktif merangkumi aspek-aspek menjaga kebersihan diri dan berdikari. Mereka juga sudah Berjaya membuat keputusan yang dapat menyelesaikan masalah-masalh kehidupan seharian mereka. Pada peringkat ini juga, mereka boleh membentuk taraf moral yang baik dan belajar memurnikan nilai-nilai yang dipelajari dirumah dan disekolah. Tugas-tugas perkembangan yang dicapai dan aspek sosial ialah sikap bertolak-ansur, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.selain itu, Mereka dapat membezakan peranan jantina dan menyesuaikan tingkah laku dengan peranan jantina mereka. Mereka akan bertindak positif terhadap interaksi sosial dan menghormati kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Kanak-kanak ini juga sudah pandai berdikari dan mencapai kebebasan diri dengan menerima kekuatan dan kelemahan kendiri.
Peringkat awal remaja
Peringkat awal remaja adalah pada mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum. Manakala dari segi kognitif , mereka berada pada peringkat operasi formal iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal deduktif. Dari segi perkembangan emosi pula , timbul pelbagai emosi lain seperti ingin inginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Malahan , pada masa kinilah remaja mula tertarik pada rakan sebaya yang berlainan jantina.
Akhir remaja
Peringkat akhir remaja adalah pada mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun. Remaja pada peringkat ini akan memcuba membentuk autonomi daripada ibu bapa. Mereka juga berusaha membentuk identity mengikut jantina. Melalui pergaulan sosial remaja akan menerap atau mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya pada peringkat ini, remaja telah belajar di kolej atau universiti dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.
Awal dewasa
Usia individu adalah antara 22 hingga 34 tahun. Pada peringkat ini individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Individu juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup.
Pertengahan dewasa
Individu pada ketika ini adalah diantara berusia 34 hingga 60 tahun. Pada ketika ini sesetengahnya mempunyai kerjaya yang tetap. Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau dalam sesuatu bidang pekerjaan. Individu yang berjaya memupuk kebahgiaan dalam rumahtangga , emosi lebih terarah merasa bahgia , mengasihi anak-anak dan ibu bapa serta akan melibatkan diri dengan kebajikan masyarakat untuk kerja amal. Kebanyakkan mereka yang berjaya ketika ini akan membeli rumah , harta dan perniagaan sendiri bagi memperkukuhkan lagi kehidupan mereka.
Akhir dewasa
Individu akhir dewasa adalah mereka yang berumur 60 hingga 75 tahun. Individu yang mempunyai pengetahuan akan mula mendapat nama yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab sumbangannya yang besar dan terulung. Individu akan mengubah tenaga kea rah lain selepas bersara daripada pekerjaan lebih terarah kepada seperti beribadat dan membuat kerja-kerja amal. Mereka yang berjaya di peringkat akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan dan mula focus terhadap hubungan kekeluargaan.
Tua
Individu ketika ini adalah mereka yang berusia 75 sehingga meninggal dunia. Selalunya , individu ketika ini terpaksa menangani masalh kesihatan oleh peredaran umur seperti osteoporosis , nyanyuk , monopaus , darah tinggi , sakit jantung , kencing manis dan lain-lain. Individu akan mula mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan berpuas hati bagi mereka yang Berjaya dalam hidup. Maka , mereka akan berasa tenang untuk menanti saat untuk meninggalkan dunia kerana telah Berjaya menyempurnakan segala tangungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment