Peringkat Pertama (kosong hingga 1 tahun)
Pada peringkat ini, kematangan emosi berlaku pada umur satu bulan kerana seorang bayi dapat menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendaknya yang berbeza. Contohnya seperti tangisan yang lapar berbeza dengan tangisan kesakitan. Selain itu, kematangan emosi juga menyebabkan bayi mengukir senyuman apabila orang yang berada di sekeliling berinteraksi dengannya belaku pada masa ini. Apabila berumur empat bulan, kematangan koordinasi fizikal akan muncul iaitu bayi dapat melakukan pergerakan mata mengikut objek yang bergerak. Semasa berumur enam bulan sehingga satu tahun, kematangan fizikal yang dapat dilakukan oleh bayi ialah bayi dapat menggenggam objek, duduk, merangkak dan dapat berdiri dengan memegang sesuatu. Contohnya bayi pada peringkat umur ini diberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik perhatiannya.
Peringkat Kedua (satu hingga dua tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak masih lagi berada dalam kategori bayi di mana kematangan fizikal dan mental meningkat kerana bayi pada peringkat ini mula menguasai ungkapan bahasa dan perkataan yang mudah. Mereka juga dapat menurut arahan yang mudah. Contohnya sudah mula memahami perkataan “jangan”. Kanak-kanak pada peringkat ini mula berjalan tatih dengan dorongan ibu bapa. Terdapat juga bayi yang menunjukkan kematangan fizikal yang lebih cepat dan boleh mula berjalan dan berlari di akhir peringkat ini.
Peringkat Ketiga (dua hingga tiga tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak menunjukkan sikap berdikari iaitu melakukan sesuatu aktiviti tanpa bantuan ibu bapa atau orang lain. Mereka dapat melakukan tugas-tugas yang mudah dengan sendiri seperti makan, pakai baju, pakai kasut dan sebagainya. Pada peringkat in juga, kematangan mental meningkat kerana kanak-kanak dapat menggunakan ayat-ayat yang mudah.
Peringkat Keempat (tiga hingga empat tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mencapai koordinasi dan kematangan fizikal di mana mereka sangat bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Contohnya mereka boleh menunggang basikal beroda tiga. Mereka juga dapat melaksanakan tugasan atau arahan yang mudah kerana mereka ingin mendapatkan perhatian serta pujian daripada ibu bapa.
Peringkat Kelima (empat hingga lima tahun)
Pada peringkat ini, penyesuaian sosial adalah penting keana kanak-kanak mula berinteraksi dengan kawan-kawan lain selain daripada ibu bapa. Ketika ini juga, kematangan mental mereka adalah tinggi dan mereka akan mengemukakan bayak soalan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah bersedia untuk ke tadika atau prasekolah.
1 comments:
Play casino - No.1 for the Casino Guru
No longer have the opportunity to go to the casinos or herzamanindir.com/ read the reviews of the slots you https://jancasino.com/review/merit-casino/ love. But they're not always the same. 출장마사지 Sometimes https://sol.edu.kg/ you have a new online
Post a Comment