Nama sebenar Arnold Gesell ialah Arnold Lucius Gesell.
Beliau merupakan seorang ahli psikologi dalam bidang perkembangan kanak-kanak (Jun 1880 – Mei 1961).
Gesell dibesarkan di Alma Wiscansin di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.
Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik dan anak kepada seorang jurugambar dan seorang guru.
Antara kejayaan Gesell ialah beliau telah memperolehi kelulusan Bachelor Philosophy University Of Wisconsin-Madison (1903) serta mendapat PHD dari University Of ClarK (1906). Selain itu, Gesell melanjutkan pelajaran di University Of Wisconsin Medical School untuk menjadi doktor.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu profesor di University Yale.
Antara sumbangan Arnold Gesell dalam bidang perkembangan kanak-kanak ialah beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian yang bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Selain itu, beliau juga menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor) pada tahun 1925. Di samping itu, Gesell juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara karya bukunya ialah “The Preschool Child From The Standpoint Of Public Hygiene And Education” (1923), “The Mental Growth Of The Preschool Child” (1925), “An Atlas Of Infant Behavior “(1934), “Infant and child in culture of today” (1943), “The First Five Years” (1940),” Children from 5-10 years old” (1946) dan “Adolescents” (1956). Pada 29 Mei 1961, Gesell telah meninggal dunia.
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mempercayai bahawa baka adalah faktor utama yang paling penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak. Ini beerti kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai ke tahap dan peringkat kematangan yang tertentu. Gesell juga menyatakan bahawa faktor kematangan adalah faktor yang paling penting dalam proses pembelajaran.
Beliau juga percaya bahawa corak perkembangan seseorang itu dikawal oleh faktor kematangan. Ini bermakna selagi otak, tisu dan saraf serta anggota badan kanak-kanak tidak bersedia, maka tidaklah berguna untuk mengajar mereka tentang sesuatu kemahiran yang tertentu.setiap kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang akan berjalan cepat dan ada juga yang lambat. Kebolehan ini akan muncul apabila kematangan kanak-kanak dicapai. Melalui proses kawalan kendiri, seorang kanak-kanak akan memberi isyarat bahawa dia akan memulakan satu peringkat yang baru iaitu seperti bercakapdan berjalan. Selain itu, Gesell juga menyentuh mengenai prinsip perkembangan di mana perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat yang tertentu. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan yang baru, dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, intelektual, sahsiah dan temperamen.
Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan perkembangannya tidak boleh dipaksa. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh membuat jangkaan yang tinggi dan perlu menikmati proses pertumbuhan dan perkembangan anak mereka. Seterusnya, beliau turut menyentuh mengenai prinsip perkembangan di mana perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat tertentu. Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat.
Pada peringkat ini, kematangan emosi berlaku pada umur satu bulan kerana seorang bayi dapat menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendaknya yang berbeza. Contohnya seperti tangisan yang lapar berbeza dengan tangisan kesakitan. Selain itu, kematangan emosi juga menyebabkan bayi mengukir senyuman apabila orang yang berada di sekeliling berinteraksi dengannya belaku pada masa ini. Apabila berumur empat bulan, kematangan koordinasi fizikal akan muncul iaitu bayi dapat melakukan pergerakan mata mengikut objek yang bergerak. Semasa berumur enam bulan sehingga satu tahun, kematangan fizikal yang dapat dilakukan oleh bayi ialah bayi dapat menggenggam objek, duduk, merangkak dan dapat berdiri dengan memegang sesuatu. Contohnya bayi pada peringkat umur ini diberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik perhatiannya.
Peringkat Kedua (satu hingga dua tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak masih lagi berada dalam kategori bayi di mana kematangan fizikal dan mental meningkat kerana bayi pada peringkat ini mula menguasai ungkapan bahasa dan perkataan yang mudah. Mereka juga dapat menurut arahan yang mudah. Contohnya sudah mula memahami perkataan “jangan”. Kanak-kanak pada peringkat ini mula berjalan tatih dengan dorongan ibu bapa. Terdapat juga bayi yang menunjukkan kematangan fizikal yang lebih cepat dan boleh mula berjalan dan berlari di akhir peringkat ini.
Peringkat Ketiga (dua hingga tiga tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak menunjukkan sikap berdikari iaitu melakukan sesuatu aktiviti tanpa bantuan ibu bapa atau orang lain. Mereka dapat melakukan tugas-tugas yang mudah dengan sendiri seperti makan, pakai baju, pakai kasut dan sebagainya. Pada peringkat in juga, kematangan mental meningkat kerana kanak-kanak dapat menggunakan ayat-ayat yang mudah.
Peringkat Keempat (tiga hingga empat tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mencapai koordinasi dan kematangan fizikal di mana mereka sangat bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Contohnya mereka boleh menunggang basikal beroda tiga. Mereka juga dapat melaksanakan tugasan atau arahan yang mudah kerana mereka ingin mendapatkan perhatian serta pujian daripada ibu bapa.
Peringkat Kelima (empat hingga lima tahun)
Pada peringkat ini, penyesuaian sosial adalah penting keana kanak-kanak mula berinteraksi dengan kawan-kawan lain selain daripada ibu bapa. Ketika ini juga, kematangan mental mereka adalah tinggi dan mereka akan mengemukakan bayak soalan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah bersedia untuk ke tadika atau prasekolah.
Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1844 dan meninggal pada 24 April 1924.
Beliau lahir di Ashfield.
Beliau merupakan seorang perintis Amerika psikologi dan pendidik.
Minatnya terfokus kepada pembangunan kanak-kanak dan teori evolusi.
Hall juga merupakan president pertama American Psicological Assosiation dan beliau juga merupakan presiden pertama Clark University.
Hall lulus dari Willian College pada tahun 1897 dan mendapat gelaran doktor dalam psikologi dibawah William James di Universiti Harvard.
Hall memulakan kejaya dalam mengajar bahasa inggeris dan falsafah di Antioch College di Yellow Spring.
Pada tahun 1882 sehingga 1888, Hall dilantik sebagai Profesor Psikologi dan pedagogi di Johns Hopkins University dan memulakan apa yang dianggap sebagai makmal psikologi Amerika Pertama.
Hall menamakan zaman remaja sebagai zaman “storm dan stress” yang diambil dari bahasa Jerman iaitu Strum dan drug. Penyelidikan yang terkini telah menyebabkan beberapa pertimbangan terhadap teori yang dikeluarkan oleh Hall. Dalam ketiga-tiga aspek yang dinyatakan, ada bukti yang menyokong storm dan stress tapi diubah untuk mengambil kira perbezaan-perbezaan individu dan kepelbagaian budaya. Terdapat ahli psikologi lain yang tidak menerima storm dan stress sebagai universal tetapi tidak mengaku kemungkinan berlakunya diperingkat akhir remaja. Tidak semua remaja yang mengalami storm dan stress tetapi ianya lebih berkemungkinan berlaku pada usia remaja berbanding dengan usia yang lainnya. Zaman remaja merupakan zaman persediaan seorang kanak-kanak untuk menjadi seorang dewasa yang berwatak sihat dan menarik.
Zaman Storm dan stress bermaksud zaman remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Ianya ialah masa dimana terjadinya perubahan besar secara fizikal intelektual dan emosi pada seseorang yang menyebabkan kesedihan dan kebimbangan (konflik) pada yang berkait serta akan menimbulkan konflik dalam kehidupannya. Ahli psikologi lain juga menyokong bahawa perkembangan pada waktu remaja penuh dengan konflik. 4 tahap perkembangan yang dikeluarkan oleh Hall ialah :
- Masa kanak-kanak (0-4 tahun)
- Masa anak (4 -8 tahun)
- Masa awal (8 – 12 tahun)
- Masa remaja (12/13 tahun sehingga mereka dewasa
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal dilihat amat ketara perubahannya pada masa awal remaja. Perasaan malu,kecewa dan lain-lain adalah perasan yang umumnya timbul pada waktu ini. Hamper semua remaja dapat merasai perubahan pada tubuh serta penampilannya. Perubahan fizikal dan perhatian remaja terpengaruh pada jasmani dan kepercayaan terhadap dirinya sendiri. Ianya mungkin disebabkan oleh perubahan hormone yang terjadi kepada mereka. Perubahan hormone ini akan menyebabkan pertumbuhan yang cepat dan akan menyebabkan lelaki lebih tinggi dan berat tetapi perempuan akan lebih cepat matang dari lelaki. Pencapaian matang bagi seorang perempuan adalah sewaktu mereka didatangi haid.
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Tiada perubahan yang ketara dalam intelektual ini pada waktu remaja. Mereka hanya mampu untuk faham masalah-masalah yang biasa. Ianya kerana ini berlaku secara bertahap.
PERKEMBANGAN EMOSI
Hall mengatakan bahawa remaja merupakan zaman storm dan stress kerana terjadinya perubahan pada fizikal yang cepat. Maka emosi remaja juga akan cepat berubah mengikut keadaan.
Beliau dilahirkan pada 5Jun pada tahun 1900 di Freeman Alfred Havigurst.
Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik –beradik.
Beliau pernah bersekolah umum di kampus bandar-bandar di Winsconsin dan IIIinois.
Pada tahun 1921, di Universiti Wesleyan Ohio, Robert telah menerima gelaran BA dan pada tahun 1924 beliau berdaftar di Ohio State University dan menerima gelaran Ph.D dalam kimia.
Beliau berkhidmat di Havard Universiti sebagai (postdoctoral fellow).
Robert Havigurst merupakan ahli psikologi yang telah banyak mengkaji tentang perkembangan remaja dan proses pendidikan remaja ini. Havighurst mengatakan aspek persekitaran lebih penting dalam perkembangan sesorang individu. Aspek-aspek persekitaran merangkumi nilai-nilai norma masyarakat, budaya masyarakat. Selain itu, faktor biologi yang merangkumi baka dan kematangan. Faktor sosial ialah pergaulan antara rakan,keluarga dan masyarakat. Faktor psikologi juga ialah keperluan untuk afektif, berkasih sayang, dipunyai dan sebagainya. Beliau menyatakan jika seseorang itu mencapai tugas-tugas perkembangan dia akan berasa gembira dan berjaya. Contoh-contoh tugas perkembangan ialah berjalan, berlari, dapat membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan dapat bezakan peranan jantina yang berlainan. Jika sebaliknya seseorang itu gagal mencapai tugas perkembangan dia akan berasa kecewa dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan hidupnya.
Havigurst telah membahagikan peringkat tugas perkembangan kepada 10 peringkat. Kesemua peringkat ini merangkumi kemahiran jasmani,emosi,rohani dan intelek. Antara peringkat ialah pertama peringkat bayi dan awal kanak-kanak iaitu pada usia 0-2tahun, kedua peringkat pertengahan kanak iaitu pada usia 2-3tahun, peringkat ketiga pula peringkat prasekolah iaitu kanak-kanak yang berusia 4-6tahun, peringkat keempat peringkat sekolah rendah berusia 6-12tahun, peringkat kelima ialah awal remaja lingkungan umur 12-18tahun dan peringkat keenam untuk remaja ialah akhir remaja iaitu remaja yang berumur antara 18-22tahun. Peringkat ketujuh ialah awal dewasa iaitu antara umur 22-34tahun. Pada usia 34-60 tahun ialah peringkat pertengahan dewasa. 60-75tahun adalah peringkat akhir dewasa. Peringkat yang ke-10 dan terakhir ialah peringkat tua iaitu berumur 75tahun dan keatas.
Peringkat pertama
Peringkat bayi dan awal kanak-kanak. Pada peringkat ini bayi dan kanak-kanak mencuba untuk menjalinkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa, adik-beradik dan pengasuh mereka. Sistem deria dan fungsi motor mereka beransur matang dan membolehkan mereka mencapai tugas-tugas perkembangan yang asa seperti makan,minum, kawalan tandas dan bercakap. Kebiasaannya kanak-kanak akan mencapai tugas perkembangan berjalan dalam lingkugan usia Sembilan hingga 15 bulan serta pada usia lima bulan sudah bersedia untuk memakan makanan pejal. Mereka akan mula bercakap apabila urat saraf dan alat-alat pertuturan sudah bersedia. Pada umur 20-24bulan, mereka berkeupayaan menyambung perkataan menjdi suku kata. Kanak-kanak ini juga kan mencapai kecerdasan deria motor dan hubungan sebab-musabab primitif iaitu yang berkaitan dengan zaman dahulukala.
Peringkat kedua
Peringkat pertengahan kanak-kanak 2-3tahun. Peringkat ini di gelar juga “toddlerhood”. Pada peringkat ini kanak-kanak telah boleh menguasai pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik kereta, duduk atas kerusi dan sebagainya. Mereka juga sudah berkeupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain selain daripada ahli keluarga. Mereka berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang mudah dan berkebolehan untuk melafazkan emosi mereka kepada orang lain serta mereka sedang belajar mengawal emosi. Mereka juga akan melibatkan diri mereka dalam permainan fantasi seperti menjadikan pisang sebagi telefon, roda atau tayar sebagai streering kereta. Kadangkala, mereka akan bercakap sendirian dan bermain sendiri serta membayangkan mereka dalam situasi yang ibu bapa mereka suka atau situasi yang dialami oleh personality yang diminati merka. Pada masa ini juga, kanak-kanak akan belajar mengawal pergerakan diri serta mengawal kawalan tandas dengan baik contohnya membuang air kecil dan air besar dengan sempurna.
Peringkat ketiga
Pada peringkat ketiga ini kanak-kanak telah memasuki alam pra-persekolahan. Iaitu golongan kanak-kanak pada peringkat ini ialah yang berumur antara 4-6 tahun. Pada peringkat ini, mereka sudah menyedari wujudnya perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Mereka akan bertindak serta berperanan mengikut jantina masing-masing. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mula meniru gaya ibunya memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Ketika ini juga mereka juga menyedari kewujudan orang lain selain daripada ahli keluarganya iaitu rakan sebaya. Mereka akan berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumah mereka dan membentuk permainan dalam kumpulan. Daripada interaksi mereka dengan rakan sebaya mereka akan wujud sikap bertolak ansur, membezakan apa yang betul atau salah. Mereka juga akan merasakan diri mereka sebagai entiti iaitu secara semulajadi serta membentuk pandangan terhadap diri mereka sendiri.
Peringkat keempat
Peringkat ini ialah peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak yang berumur 6-12tahun. Mereka mula memasuki alam persekolahan dan mula belajar bersahabat dan bersosial antara rakan-rakan. Mereka juga akan mencapai kemahiran untuk melibatkan diri dalam permainan oleh itu, mereka akan sentiasa melibatkan diri sebagi ahli pasukan sesuatu permainan kerana perkembangan fizikal telah berlaku, iaitu tulang dan otot mereka sudah bersedai untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka juga sudah menguasai tugas-tugas perkembangan membaca, menulis dan mengira. Menurut Havigurst, kanak-kanak yang kelas pertengahan Selain itu, tugas perkembangan lain yang dapat dicapai ialah pada peringkat ini ialah perkembangan kendiri yang aktif merangkumi aspek-aspek menjaga kebersihan diri dan berdikari. Mereka juga sudah Berjaya membuat keputusan yang dapat menyelesaikan masalah-masalh kehidupan seharian mereka. Pada peringkat ini juga, mereka boleh membentuk taraf moral yang baik dan belajar memurnikan nilai-nilai yang dipelajari dirumah dan disekolah. Tugas-tugas perkembangan yang dicapai dan aspek sosial ialah sikap bertolak-ansur, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.selain itu, Mereka dapat membezakan peranan jantina dan menyesuaikan tingkah laku dengan peranan jantina mereka. Mereka akan bertindak positif terhadap interaksi sosial dan menghormati kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Kanak-kanak ini juga sudah pandai berdikari dan mencapai kebebasan diri dengan menerima kekuatan dan kelemahan kendiri.
Peringkat awal remaja
Peringkat awal remaja adalah pada mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum. Manakala dari segi kognitif , mereka berada pada peringkat operasi formal iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal deduktif. Dari segi perkembangan emosi pula , timbul pelbagai emosi lain seperti ingin inginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Malahan , pada masa kinilah remaja mula tertarik pada rakan sebaya yang berlainan jantina.
Akhir remaja
Peringkat akhir remaja adalah pada mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun. Remaja pada peringkat ini akan memcuba membentuk autonomi daripada ibu bapa. Mereka juga berusaha membentuk identity mengikut jantina. Melalui pergaulan sosial remaja akan menerap atau mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya pada peringkat ini, remaja telah belajar di kolej atau universiti dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.
Awal dewasa
Usia individu adalah antara 22 hingga 34 tahun. Pada peringkat ini individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina. Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak. Individu juga berusaha memantapkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup.
Pertengahan dewasa
Individu pada ketika ini adalah diantara berusia 34 hingga 60 tahun. Pada ketika ini sesetengahnya mempunyai kerjaya yang tetap. Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau dalam sesuatu bidang pekerjaan. Individu yang berjaya memupuk kebahgiaan dalam rumahtangga , emosi lebih terarah merasa bahgia , mengasihi anak-anak dan ibu bapa serta akan melibatkan diri dengan kebajikan masyarakat untuk kerja amal. Kebanyakkan mereka yang berjaya ketika ini akan membeli rumah , harta dan perniagaan sendiri bagi memperkukuhkan lagi kehidupan mereka.
Akhir dewasa
Individu akhir dewasa adalah mereka yang berumur 60 hingga 75 tahun. Individu yang mempunyai pengetahuan akan mula mendapat nama yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab sumbangannya yang besar dan terulung. Individu akan mengubah tenaga kea rah lain selepas bersara daripada pekerjaan lebih terarah kepada seperti beribadat dan membuat kerja-kerja amal. Mereka yang berjaya di peringkat akan berpuas hati dan bersyukur atas takdir Tuhan dan mula focus terhadap hubungan kekeluargaan.
Tua
Individu ketika ini adalah mereka yang berusia 75 sehingga meninggal dunia. Selalunya , individu ketika ini terpaksa menangani masalh kesihatan oleh peredaran umur seperti osteoporosis , nyanyuk , monopaus , darah tinggi , sakit jantung , kencing manis dan lain-lain. Individu akan mula mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan berpuas hati bagi mereka yang Berjaya dalam hidup. Maka , mereka akan berasa tenang untuk menanti saat untuk meninggalkan dunia kerana telah Berjaya menyempurnakan segala tangungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.