Friday, March 26, 2010

Biodata ARNOLD GESELL

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:41 PM 0 comments


ARNOLD GESELL



  • Nama sebenar Arnold Gesell ialah Arnold Lucius Gesell
  • Beliau merupakan seorang ahli psikologi dalam bidang perkembangan kanak-kanak (Jun 1880 – Mei 1961). 
  • Gesell dibesarkan di Alma Wiscansin di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. 
  • Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik dan anak kepada seorang jurugambar dan seorang guru. 
  • Antara kejayaan Gesell ialah beliau telah memperolehi kelulusan Bachelor Philosophy University Of Wisconsin-Madison (1903) serta mendapat PHD dari University Of ClarK (1906). Selain itu, Gesell melanjutkan pelajaran di University Of Wisconsin Medical School untuk menjadi doktor. 
  • Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu profesor di University Yale.


Antara sumbangan Arnold Gesell dalam bidang perkembangan kanak-kanak ialah beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian yang bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Selain itu, beliau juga menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor) pada tahun 1925. Di samping itu, Gesell juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara karya bukunya ialah “The Preschool Child From The Standpoint Of Public Hygiene And Education” (1923), “The Mental Growth Of The Preschool Child” (1925), “An Atlas Of Infant Behavior “(1934), “Infant and child in culture of today” (1943), “The First Five Years” (1940),” Children from 5-10 years old” (1946) dan “Adolescents” (1956). Pada 29 Mei 1961, Gesell telah meninggal dunia.

Teori ARNOLD GESELL

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:36 PM 0 comments
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mempercayai bahawa baka adalah faktor utama yang paling penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak. Ini beerti kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai ke tahap dan peringkat kematangan yang tertentu. Gesell juga menyatakan bahawa faktor kematangan adalah faktor yang paling penting dalam proses pembelajaran. 

Beliau juga percaya bahawa corak perkembangan seseorang itu dikawal oleh faktor kematangan. Ini bermakna selagi otak, tisu dan saraf serta anggota badan kanak-kanak tidak bersedia, maka tidaklah berguna untuk mengajar mereka tentang sesuatu kemahiran yang tertentu.setiap kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang akan berjalan cepat dan ada juga yang lambat. Kebolehan ini akan muncul apabila kematangan kanak-kanak dicapai. Melalui proses kawalan kendiri, seorang kanak-kanak akan memberi isyarat bahawa dia akan memulakan satu peringkat yang baru iaitu seperti bercakapdan berjalan. Selain itu, Gesell juga menyentuh mengenai prinsip perkembangan di mana perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat yang tertentu. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan yang baru, dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, intelektual, sahsiah dan temperamen. 

Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan perkembangannya tidak boleh dipaksa. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh membuat jangkaan yang tinggi dan perlu menikmati proses pertumbuhan dan perkembangan anak mereka. Seterusnya, beliau turut menyentuh mengenai prinsip perkembangan di mana perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat tertentu. Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat.

Peringkat Perkembangan bagi ARNOLD GESELL

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:31 PM 1 comments

Peringkat Pertama (kosong hingga 1 tahun)

Pada peringkat ini, kematangan emosi berlaku pada umur satu bulan kerana seorang bayi dapat menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendaknya yang berbeza. Contohnya seperti tangisan yang lapar berbeza dengan tangisan kesakitan. Selain itu, kematangan emosi juga menyebabkan bayi mengukir senyuman apabila orang yang berada di sekeliling berinteraksi dengannya belaku pada masa ini. Apabila berumur empat bulan, kematangan koordinasi fizikal akan muncul iaitu bayi dapat melakukan pergerakan mata mengikut objek yang bergerak. Semasa berumur enam bulan sehingga satu tahun, kematangan fizikal yang dapat dilakukan oleh bayi ialah bayi dapat menggenggam objek, duduk, merangkak dan dapat berdiri dengan memegang sesuatu. Contohnya bayi pada peringkat umur ini diberi permainan yang berbunyi dan berwarna-warni bagi menarik perhatiannya. 


Peringkat Kedua (satu hingga dua tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak masih lagi berada dalam kategori bayi di mana kematangan fizikal dan mental meningkat kerana bayi pada peringkat ini mula menguasai ungkapan bahasa dan perkataan yang mudah. Mereka juga dapat menurut arahan yang mudah. Contohnya sudah mula memahami perkataan “jangan”. Kanak-kanak pada peringkat ini mula berjalan tatih dengan dorongan ibu bapa. Terdapat juga bayi yang menunjukkan kematangan fizikal yang lebih cepat dan boleh mula berjalan dan berlari di akhir peringkat ini. 


Peringkat Ketiga (dua hingga tiga tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak menunjukkan sikap berdikari iaitu melakukan sesuatu aktiviti tanpa bantuan ibu bapa atau orang lain. Mereka dapat melakukan tugas-tugas yang mudah dengan sendiri seperti makan, pakai baju, pakai kasut dan sebagainya. Pada peringkat in juga, kematangan mental meningkat kerana kanak-kanak dapat menggunakan ayat-ayat yang mudah. 


Peringkat Keempat (tiga hingga empat tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mencapai koordinasi dan kematangan fizikal di mana mereka sangat bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan. Contohnya mereka boleh menunggang basikal beroda tiga. Mereka juga dapat melaksanakan tugasan atau arahan yang mudah kerana mereka ingin mendapatkan perhatian serta pujian daripada ibu bapa. 


Peringkat Kelima (empat hingga lima tahun) 

Pada peringkat ini, penyesuaian sosial adalah penting keana kanak-kanak mula berinteraksi dengan kawan-kawan lain selain daripada ibu bapa. Ketika ini juga, kematangan mental mereka adalah tinggi dan mereka akan mengemukakan bayak soalan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah bersedia untuk ke tadika atau prasekolah.

Biodata G. STANLEY HALL

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:22 PM 0 comments

 G. Stanley Hall


  • Nama sebenar beliau adalah Granville Stanley Hall 
  • Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1844 dan meninggal pada 24 April 1924. 
  • Beliau lahir di Ashfield
  • Beliau merupakan seorang perintis Amerika psikologi dan pendidik. 
  • Minatnya terfokus kepada pembangunan kanak-kanak dan teori evolusi. 
  • Hall juga merupakan president pertama American Psicological Assosiation dan beliau juga merupakan presiden pertama Clark University. 
  • Hall lulus dari Willian College pada tahun 1897 dan mendapat gelaran doktor dalam psikologi dibawah William James di Universiti Harvard. 
  • Hall memulakan kejaya dalam mengajar bahasa inggeris dan falsafah di Antioch College di Yellow Spring. 
  • Pada tahun 1882 sehingga 1888, Hall dilantik sebagai Profesor Psikologi dan pedagogi di Johns Hopkins University dan memulakan apa yang dianggap sebagai makmal psikologi Amerika Pertama.

Teori G. STANLEY HALL

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:13 PM 0 comments

Hall menamakan zaman remaja sebagai zaman “storm dan stress” yang diambil dari bahasa Jerman iaitu Strum dan drug. Penyelidikan yang terkini telah menyebabkan beberapa pertimbangan terhadap teori yang dikeluarkan oleh Hall. Dalam ketiga-tiga aspek yang dinyatakan, ada bukti yang menyokong storm dan stress tapi diubah untuk mengambil kira perbezaan-perbezaan individu dan kepelbagaian budaya. Terdapat ahli psikologi lain yang tidak menerima storm dan stress sebagai universal tetapi tidak mengaku kemungkinan berlakunya diperingkat akhir remaja. Tidak semua remaja yang mengalami storm dan stress tetapi ianya lebih berkemungkinan berlaku pada usia remaja berbanding dengan usia yang lainnya. Zaman remaja merupakan zaman persediaan seorang kanak-kanak untuk menjadi seorang dewasa yang berwatak sihat dan menarik. 

Zaman Storm dan stress bermaksud zaman remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Ianya ialah masa dimana terjadinya perubahan besar secara fizikal intelektual dan emosi pada seseorang yang menyebabkan kesedihan dan kebimbangan (konflik) pada yang berkait serta akan menimbulkan konflik dalam kehidupannya. Ahli psikologi lain juga menyokong bahawa perkembangan pada waktu remaja penuh dengan konflik. 4 tahap perkembangan yang dikeluarkan oleh Hall ialah :

- Masa kanak-kanak (0-4 tahun)
- Masa anak (4 -8 tahun)
- Masa awal (8 – 12 tahun)
- Masa remaja (12/13 tahun sehingga mereka dewasa


PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal dilihat amat ketara perubahannya pada masa awal remaja. Perasaan malu,kecewa dan lain-lain adalah perasan yang umumnya timbul pada waktu ini. Hamper semua remaja dapat merasai perubahan pada tubuh serta penampilannya. Perubahan fizikal dan perhatian remaja terpengaruh pada jasmani dan kepercayaan terhadap dirinya sendiri. Ianya mungkin disebabkan oleh perubahan hormone yang terjadi kepada mereka. Perubahan hormone ini akan menyebabkan pertumbuhan yang cepat dan akan menyebabkan lelaki lebih tinggi dan berat tetapi perempuan akan lebih cepat matang dari lelaki. Pencapaian matang bagi seorang perempuan adalah sewaktu mereka didatangi haid.


PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Tiada perubahan yang ketara dalam intelektual ini pada waktu remaja. Mereka hanya mampu untuk faham masalah-masalah yang biasa. Ianya kerana ini berlaku secara bertahap.


PERKEMBANGAN EMOSI
Hall mengatakan bahawa remaja merupakan zaman storm dan stress kerana terjadinya perubahan pada fizikal yang cepat. Maka emosi remaja juga akan cepat berubah mengikut keadaan.

Biodata ROBERT HAVIGURST

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 12:04 PM 0 comments


 ROBERT HAVIGURST


  • Nama sebenar beliau ialah Robert J. Havigurst. 
  • Beliau dilahirkan pada 5Jun pada tahun 1900 di Freeman Alfred Havigurst
  • Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik –beradik. 
  • Beliau pernah bersekolah umum di kampus bandar-bandar di Winsconsin dan IIIinois.  
  •  Pada tahun 1921, di Universiti Wesleyan Ohio, Robert telah menerima gelaran BA dan pada tahun  1924 beliau berdaftar  di Ohio State University dan menerima gelaran Ph.D dalam kimia. 
  • Beliau berkhidmat di Havard Universiti sebagai (postdoctoral fellow). 

Teori Tugas Perkembangan ROBERT HAVIGURST

Posted by DiraAkmarPutriAniemTikah at 11:48 AM 0 comments

Robert Havigurst merupakan ahli psikologi yang telah banyak mengkaji tentang perkembangan remaja dan proses pendidikan remaja ini. Havighurst mengatakan aspek persekitaran lebih penting dalam perkembangan sesorang individu. Aspek-aspek persekitaran merangkumi nilai-nilai norma masyarakat, budaya masyarakat. Selain itu, faktor biologi yang merangkumi baka dan kematangan. Faktor sosial ialah pergaulan antara rakan,keluarga dan masyarakat. Faktor psikologi juga ialah keperluan untuk afektif, berkasih sayang, dipunyai dan sebagainya. Beliau menyatakan jika seseorang itu mencapai tugas-tugas perkembangan dia akan berasa gembira dan berjaya. Contoh-contoh tugas perkembangan ialah berjalan, berlari, dapat membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan dapat bezakan peranan jantina yang berlainan. Jika sebaliknya seseorang itu gagal mencapai tugas perkembangan dia akan berasa kecewa dan menerima pandangan rendah daripada ibu bapa dan orang yang signifikan hidupnya.
 

EarlyChildhoodEducation Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Rainbow Sponsored by Emocutez